sahabat,
kehadiranmu bagaikan cahaya matahari,
kehilanganmu bagaikan sebaliknya,
saatku memerlukanmu,
engkau hadir tanpa dijangka,
saatku mengingatimu,
engkau juga sama.
sahabat,
engkau bagaikan tongkat untukku di hari tua,
tanpa tongkat,
aku tidak mampu teguh berdiri,
tanpa tongkat,
aku tidak mampu lancar berjalan,
apa lagi melangkah.
tanpa engkau, sahabatku,
hidup ini bagaikan tiada apa bagiku,
hidup ini sunyi sepi dengarku,
hidup ini gelap gelita lihatku,
hidup ini tawar rasaku,
hidup ini kosong, sahabatku.
sahabat,
terima kasih sahabat,
engkau sudi menemaniku selama hidupku,
engkau berkorban demi keselamatanku,
engkau bersusah payah demi kebaikanku,
engkaulah sahabat sejati dunia akhirat,
insyaAllah…
kehadiranmu bagaikan cahaya matahari,
kehilanganmu bagaikan sebaliknya,
saatku memerlukanmu,
engkau hadir tanpa dijangka,
saatku mengingatimu,
engkau juga sama.
sahabat,
engkau bagaikan tongkat untukku di hari tua,
tanpa tongkat,
aku tidak mampu teguh berdiri,
tanpa tongkat,
aku tidak mampu lancar berjalan,
apa lagi melangkah.
tanpa engkau, sahabatku,
hidup ini bagaikan tiada apa bagiku,
hidup ini sunyi sepi dengarku,
hidup ini gelap gelita lihatku,
hidup ini tawar rasaku,
hidup ini kosong, sahabatku.
sahabat,
terima kasih sahabat,
engkau sudi menemaniku selama hidupku,
engkau berkorban demi keselamatanku,
engkau bersusah payah demi kebaikanku,
engkaulah sahabat sejati dunia akhirat,
insyaAllah…
Hadirmu...
Hadirmu,
Tanpa diundang,
Hadirmu,
Tanpa petanda,
Hadirmu,
Membawa sinar,
Membawa senyuman,
Yang sekian lama telah hilang dari diriku.
Hadirnya,
Menjadikan lidahku kelu bila berkata,
Memandang wajahnya,
Buatku rasa tenang,
Senyumannya,
Buatku tersenyum jua,
Hadirnya,
Sentiasa dinanti,
Namun,
Perasaan ini hanya sia-sia,
Dirnya langsung tidak mengerti,
Apa yang tersirat dihati ini,
Bagimu aku seperti mereka.
Walaupun dirinya terpaksa ku lupakan,
Kehadiranmu menggantikan posisinya dihati ini,
Dirimu menemaniku setiap masa,
Tanpa jemu,
Tanpa dipaksa,
Dirimu berkorban demi diriku,
mengapa dirimu lakukan semua ini,
aku cuma insan biasa,
tiada apa yang istimewa,
namun,
inilh yang aku nantikan,
inilah yang aku impikan,
inilah yang aku harapkan,
syukur Alhamdulillah,
Allah makbulkan jua doaku,
insyaAllah,
akanku jaga hatinya,
kerana,
dialah yang menyayangiku,
sepertimana aku menyayanginya.
ANGIN RINDU
Dinginnya,
Angin sore menemaniku kala diriku sendiri,
Mengajak pokok sekalian melambai ke arahku,
Seakan-akan memanggilku,
Untuk menari bersama.
Angin membawa pergi segala kesepianku,
Segala kesedihanku,
Segala peritku.
Angin membawa kembali senyumku,
Tawaku dan kegembiraanku.
Belaiannya yang lembut mengingatkanku,
Belaian ibu sewaktu mendodoikan aku ketika kecil,
Terasa seperti di dalam dakapan ibu,
Indahnya perasaan itu.
Ingin aku berada dalam dakapan ibu sekali lagi,
Untuk selamanya,
Kerana aku tenang,
Aku bahagia,
Bersama ibu.
Ibu,
Anakmu ini merinduimu,
Tunggu kepulanganku.
SAJAK: MASA
Hidup,
Hanya sementara,
Tiada yang selamanya,
Kecuali Dia.
Kita,
Mengejar masa,
Namun,
Untuk apa?
Untuk apa kita mengejar masa yang
tidak akan pernah menunggu kita?
Adakah untuk menguasai dunia?
Adakah untuk menjadi seseorang yang dibanggakan oleh semua orang
Yang tarafnya hanya sebutir pasir di mata Allah?
Sedangkan di mata Allah kita dilaknat!
Itukah yang kita impikan?
Itukah yang menjadi cita-cita kita selama menjadi manusia?
Mengejar masa hanya ke arah duniawi
Bagai nak rak!
Bagaimana dengan akhirat yang menanti kita?
Apa bekalan kita untuk ke dunia yang seterusnya?
Teman,
Renungkanlah setiap 1 saat yang kita lengahkan
Selama kita manjadi hambaNya,
Sejauh manakah 1 saat itu bererti
Bagi hidup kita?
Jangan,
Jangan kita merugikan diri sendiri hanya kerana
1 saat yang kita lengahkan.
Ingat wahai teman,
Ingat,
Hargai masa.
SAJAK: JIWA SEORANG PENDIDIK
Aku,
Pendidik anak bangsa,
Sedia berhadapan dengan pelbagai kerenah,
Pelbagai masalah,
Anak-anak didikku.
Bagiku,
Merekalah kejayaanku,
Aku,
sebagai pendidik,
Bukan mendidik kerana gaji!
Aku mendidik,
Kerana,
Aku ikhlas.
Keikhlasanku,
Semakin mekar di hati,
Setiap kali memandang wajah-wajah anak didikku.
Akulah pendidik bangsa.